22 Mac 2009

PERTUNJUKAN BELON UDARA SEDUNIA DI PUTRAJAYA







Hari ini aku bawa anak-anak aku pergi tengok Pertunjukkan Belon Udara sedunia di Putrajaya.Punyalah ramai manusia kat sana.Cuaca pulak panas terik.Pening kepala dibuatnya.







Inilah pertama kali tengok belon udara secara'live'.Selalu tengok dalam tv je..

CUTI SEKOLAH DAH NAK HABIS

Cuti sekolah kali ini aku tak pergi mana-mana,hanya berehat kat rumah je.Anak aku Iwan asyik demam.Kejap sakit kaki,kejap demam.Rumah mak aku pun aku tak pergi.


Inilah pertama kali aku bawa anak-anak aku naik KL Monorail.Dah lama benda ini beroperasi,baru hari ini dapat naik.Nak merasa je.



Lepak kejap kat taman KLCC.Sebelum pergi KLCC,aku singgah kat Masjid Wilayah Persekutuan,KL.Masjid ni memang besar.Bila masuk di dalam terasa aman jiwa kita.







Aku ingat nak masuk Petrosains kat KLCC,tapi malang tiket habis pulak.Ramai sangat kat sana.Maklumlah cuti sekolah.
Kesian anak-anak aku tak dapat masuk.Mungkin lain kali aku bawa diaorang pergi.

DALAM DIAM DAH DAPAT RUMAH BARU


Pada 15/3/09,adik aku Johari telah berpindah ke rumah baru di Bandar Saujana Putra.
Kami sekeluarga tumpang gembira di atas kejayaan beliau mendapat rumah yang telah lama beliau idamkan.




09 Mac 2009

LOST WORLD OF TAMBUN WATER PARK,SUNWAY CITY IPOH


Pada 8/3/09,aku ke Ipoh atas urusan kerja.Majikan aku suruh aku periksa stok kat Ipoh. Peluang baik ni........ Cliff Racer.Tak sangka Iwan begitu berani naik benda ni.Macam tak percaya je..Aku pun tak berani,gayat semacam .





Tengoklah diaorang ni..Bukan main seronok lagi main ombak.Inilah salah satu halangan di Adventure River.

Kepura Cave.









Tiger Valley





















































Inilah kolam air panas yang ada kat sini.Walaupun panas tetap seronok berendam dalam kolam ini.













Ini yang aku pelik.Anak aku Iwan memang penakut.Tah macam mana hari tu dia jadi berani.Berkali-kali dia dengan Along naik Tube Riders ni. Nasib baik tak ramai orang.Tak payah beratur.Ada satu lagi yang macam ni iaitu Cliff Racer.Aku cuba naik tapi tak boleh lama,pening kepala aku dibuatnya.

























Adventure River
















Pasal mandi diaorang ni memang nombor satu.Penat main Tube Riders masuk pulak kat Jungle Wave Pool.















Baru sampai.Tengah cari tempat lepak.





































Ni masa nak balik.Kat sini hujan sebab tu kena balik awal.Rasa tak puas pun ada.Sekejap sangat kat sini.Apapun inilah pengalaman yang menyeronokkan.











video