23 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430 H


Assalamualaikum.


Sebelum terlambat,saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang membaca diruangan ini.Sempena hari yang mulia ini,saya mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin,andai ada kesalahan dan kesilapan yang sengaja mahupun tidak.


Kepada sesiapa yang pulang ke kampung dengan memandu kereta,pandulah berhati-hati.Jangan biarkan keluarga tersayang menyambut kepulangan anda dengan tangisan.

Begitu juga dengan penunggang motosikal.Jangan terlalu asyik memecut.Terlalu banyak korban di jalanraya ketika musim perayaan.Waspadalah.