28 Februari 2009

KENANGAN TERINDAH:SEGALANYA KAN ABADI DALAM KENANGAN

AL-FATIHAH
Inilah gambar arwah datukku Kasim bin Karim bersama dengan nenek Niram bte Mat.
Beliau telah pulang ke Rahmatullah pada 20.10.2003 lebih kurang jam 3.00 pagi hari Isnin.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Amin.
Beliau seorang datuk yang amat baik.Semua cucunya sangat sayang kepadanya.
Aku dan adik-adik telah dibesarkan bersama beliau.Banyak yang aku belajar daripada beliau.Menoreh getah,menebas hutan,tanam padi,menjaga kerbau dan macam-macam lagi,semuanya diajar pada cucu-cucunya.
Sehingga hari ini aku dan adik-adik aku amat terasa kehilangan beliau,seolah-olah baru semalam beliau pergi.Disaat aku menulis disini,aku menitiskan airmata,terkenangkan detik-detik aku bersama beliau.Hanya dari jauh kupohonkan ampun maaf.
Apa yang aku kesal cara beliau pergi buat selamanya.Walau pun ajal maut ditangan Tuhan.Tapi aku tahu sebab kematiannya yang sebenarnya.Biarlah ia menjadi rahsia keluarga aku.
Nenek aku pula sedang sakit.Dah puas berubat tapi masih tak berubah.Aku bersama keluarga hanya mampu berserah kepada Yang Maha Esa.Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Apa pun aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada maksu dan paksu aku yang banyak membantu arwah datuk,semasa hidup hingga kini.Begitu juga dengan nenekku,dia yang membawa nenek pergi berubat ke merata tempat.
Kepada Allah aku berdoa agar nenekku diampunkan segala dosanya dan disembuhkan segala penyakitnya.Amin.

17 Februari 2009

KAMPUNG HALAMANKU SUNGAI BULUH,ALOR GAJAH,MELAKA







Inilah kampung halaman aku di Sungai Buluh,Alor Gajah,Melaka.Masa ni Raya tahun 2008.Setiap kali raya aku bersama keluarga akan meluangkan masa menziarahi saudara yang ada kat sekitar rumah aku di kampung.Yang paling penting,aku dan keluarga akan ke pusara Arwah datuk.
Sejak ketiadaan datuk,ditambah pula nenek aku yang sakit,rumah di kampung ini terbiar begitu saja.Hanya maksu dan paksu yang rajin balik tengok rumah.
Sebenarnya kampung ku ini banyak kenangan buat keluarga aku.Bermacam peristiwa pahit manis berlaku di sini.
Segalanya kan abadi "dalam kenangan".



Tak banyak gambar untuk aku ceritakan tentang kampung ku ini.
Insyaallah,bila aku dapat gambar,baru aku ceritakan tentang kampung ku ini.



AKTIVITI MASA LAPANG KAT JELAI JUAL TIKAM








HA..HA...KITA TENGOK SIAPA YANG KENA...




Gambar ni aku ambil tahun 2008.Masa tu kat rumah Pak andak kat Jelai.Raya kedua.Tak tau nak buat apa,buka tikam la...
Anak aku yang jual tikam.Bukan apa,nak mengisi masa lapang aje.
Tak sangka pulak Boy ngan Ida dan Pakandak and family join sekali.Habis la duit syiling diaorang.
Untung la jugak.Tapi niat aku nak suka-suka je,bukan nak cari untung.Tak baik tau.
Sebenarnya tikam ni memang popular sejak zaman aku kecik lagi.Bila bulan puasa mula la beli tikam jual kat adik beradik je.Duit untung aku beli mercun.Sama-sama dapat main.

08 Februari 2009

MEMORI SILAM:SEGALANYA KAN ABADI DALAM KENANGAN

Gambar ini dirakam pada tahun 1998.Aku membawa isteri dan anak aku Muhd Rusdi (Along) ke Cameron Highlands. Masa tu umur Along baru setahun.Turut serta dalam rombongan ini termasuklah Ida,Yati,BJ,Amy,Along(Maklang),Jiha,Abang,Zizi dan Zizol.Yang paling istimewa ialah nenek aku.Tak sangka dia nak ikut kami ke sana.Aku cukup gembira.Kami ke sana menaiki sebuah van yang aku baru beli.

Ini pula gambar Along dan Adik masa kecil.
Gambar ini diambil tahun1999.Comel tak...?

NABILA NAJWA DENGAN GELAGAT YANG TERSENDIRI


















Amboi!Possing maut nampak.











Apa lagi Bella,potong la kek tuu...
















Bella,nama panggilan untuk anak buah aku yang sorang ni.Tengoklah gelagat dia.Selambe je..
Dia ni anak buah perempuan kedua yang ada sekarang.Yang lain semuanya hero belaka.
Bulan Feb ni genap umurnya setahun.Baru-baru ni majlis harijadinya telah diadakan.
SEMOGA PANJANG UMUR DAN CEPAT BESAR.













KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KE 67 DI SHAH ALAM














Sekitar konvokesyen Uitm ke 67 di Shah Alam sempena penyampaian Ijazah kepada Azmi bin Harun.Aku doakan semoga beliau akan berjaya mencapai kejayaan dalam mengejar impian.Insyaallah.

MAIL DAN KELUARGA DI BAZAR RAMADHAN PUTRAJAYA


Ismail dan isteri bersama anaknya sedang mencari juadah berbuka puasa di bazar ramadhan sekitar Putrajaya.Puasa ke....?

07 Februari 2009

NABIL - HERO MALAYA : GELAGAT NABIL BERSAMA SEPUPUNYA






















Jauh menung tu Nabil.Makwe lari kut........



























Sekitar Taman Tasik Perdana,Muzium Negara dan Genting Highlands.














Ketika di Genting Highlands.Semua kesejukkan.Apetaknye,dah sampai kat sana,baju sejuk tertinggal kat rumah.Tahan je le....







Inilah sebahagian telatah Nabil ketika bersama sepupunya.
















KISAH KELUARGA MERTUA DI TEBONG DAN LABU












Sebahagian dari ahli keluarga ayah di Jementah,Segamat.Masa ini anak ayah,Zila menjadi raja sehari.

































Inilah sebahagian ahli keluarga mertua aku yang berada di Tebong,Melaka.Kini ibu mertua aku menetap di Labu.Senang nak balik sebab dekat dengan rumah aku kat Puchong.





Di sini aku lampirkan beberapa foto ketika di Tebong dan Labu.