16 Februari 2014

ANTARA KOLEKSI LAMA BERSAMA ALLAHYARHAM SAIFULLAH










KERATAN AKHBAR DAN FAKTA KES










1- 5hb Ogos 2013  jam 8.30 pagi
    Saifullah Ravi bin Abdullah,44 tahun, bersama motosikalnya hilang dalam perjalanan ke tempat kerja di Ulu Temiang,Seremban.
    Satu laporan polis dibuat oleh isteri arwah di balai polis Labu.
    Ahli keluarga berusaha mencari mangsa di semua tempat di mana mangsa bekerja dan di rumah sanak           saudara.

2- 8hb Ogos 2013,satu lagi laporan polis dibuat di balai polis Campbell,Seremban.Kali ini laporan tersebut        ada dinyatakan beberapa sebab kemungkinan kenapa beliau hilang demikian rupa.

3- 30hb Oktober 2013,satu rangka manusia ditemui di Ulu Temiang,Seremban.90% rangka manusia                  tersebut milik mangsa.Beberapa barang kepunyaan mangsa ditemui.Antaranya telepon bimbit,kasut,kunci      motosikal dan barang peribadi mangsa.Namun untuk memastikan mangsa adalah Saifullah,ujian DNA            keluarga mangsa dilakukan.Motosikal beliau masih belum dijumpai..
    Satu tarikh yang tak pasti,(Disember 2013) motosikal mangsa ditemui di Masjid India Muslim di Temiang 
    dalam keadaan baik.Menurut Imam di sana,motosikal tersebut sudah berada di sana sejak mangsa hilang        lagi.

4-  30hb Januari 2014,pencarian berakhir.Tulang tersebut disahkan oleh Hospital Tunku Jaafar Seremban adalah milik Saifullah Ravi bin Abdullah.

5- 31hb Januari 2014,jenazah arwah dituntut dari hospital untuk dibawa pulang ke rumah di Taman Gadong Jaya,Seremban.Setelah selesai segala urusan jenazah Allahyarham Saifullah disembahyangkan dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Gadong Jaya lebih kurang jam 12.00 tengahari.

AL-FATIHA

SEMOGA ROH ALLAHYARHAM SAIFULLAH RAVI DITEMPATKAN BERSAMA ORANG YANG BERIMAN.AMIN.
  

PENCARIAN BERAKHIR

Akhirnya,pada 30hb Januari 2014,setelah hampir 3 bulan menunggu DNA,keluarga mangsa menerima kenyataan bahawa tulang yg ditemui dulu adalah milik Saifullah Ravi bin Abdullah.Berita sedih ini meragut semua harapan keluarga.

 Pada hari Jumaat,31hb Januari 2014,jenazah Allahyarham Saifullah dituntut dari Hospital Tunku Jaafar,Seremban dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Gadong Jaya,Seremban  lebih kurang jam 11.30 pagi.





HILANG DALAM PERJALANAN KE TEMPAT KERJA














Pada 5hb Ogos 2013,Saifullah Ravi bin Abdullah,43 tahun didapati hilang ketika perjalanan ke tempat kerja.Beliau keluar rumah lebih kurang jam 8.30 pagi dengan motosikal Yamaha Lagenda.Pada jam 1.00 tengahari,pekerja tempat beliau bekerja memaklumkan bahawa beliau tiada di tempat kerja seperti biasa. Sehingga malam beliau tidak dapat dihubungi.Isteri beliau membuat satu laporan polis di atas kehilangan beliau bersama motosikalnya.


Pada 30hb Okrober 2013,setelah lama mencari dan menunggu kepulangan beliau,akhirnya keluarga beliau dikejutkan oleh berita penemuan rangka dan tulang manusia di Ulu Temiang di mana tempat beliau bekerja.
Menurut kenyataan polis tulang tersebut memang milik beliau di mana barang-barang kepunyaan beliau ada bersama antaranya kunci motosikal,kasut,handphone dan barang peribadi beliau.Namun motosikal beliau masih belum ditemui.

 Untuk memastikan tulang tersebut memang milik mangsa,satu ujian DNA telah dilakukan.Keluarga mangsa masih menyimpan satu harapan agar tulang mangsa bukan milik Saifullah.