16 April 2009

MAKAN MALAM DI RESTORAN NELAYAN INDAH,SHAH ALAM


Pada 10/4/09,aku sekeluarga makan malam bersama majikan isteri aku di Restoran Nelayan Indah.Tak pernah aku masuk tempat macam ini.Rezeki jangan ditolak.




Inilah dia majikan isteri aku.Dia baru dapat duit VSS.Banyaklah juga.Sebab tu dia ajak kami makan di tempat ini.
Sedang sibuk mencari menu untuk dipesan.
Tu dia..........Macam-macam ada.Jemputlah makan.

05 April 2009

AKTIVITI MALAM MINGGU

Malam minggu lalu aku sekeluarga bersama adik-adik dan sepupu aku keluar makan di Damasara Utama.Lepas makan kami ke Uptown kat Kota Damansara.Jam 3 pagi baru kami balik.




Ikan pari masak kari portugis menjadi menu utama kami.




















Hai,berselera nampak?Tambah jangan tak tambah.















Sementara menunggu makanan tiba,sempat lagi berpossing.


01 April 2009

HARI KELUARGA APARTMENT SIANTAN 2009




Acara makan buah epal.Rasa nak tercekik pun ada.Tak larat nak habiskan.Tengok je le....

KIRI:Aku bersama penduduk Siantan Apartment.Gambar aku dirakam oleh kawan aku yang bertindak sebagai juru kamera pada hari itu.
BAWAH:Puan Haslinah bersama kawannya sedang sibuk melayan tetamu yang hendak mendaftar dalam acara teka kacang.




Along mengambil bahagian dalam acara silat di hadapan YB.


YB Dengkil sedang merasmikan Malis Hari Keluarga Siantan 2009.










Antara tetamu yang hadir pada Malis Hari Keluarga Siantan Apartment pada 29/03/09 yang lalu.













Acara kepit belon.Dapat nombor tiga,jadilah.






Along dengan penuh bertenaga menarik tali.Tapi hampeh....tewas akhirnya.

22 Mac 2009

PERTUNJUKAN BELON UDARA SEDUNIA DI PUTRAJAYA







Hari ini aku bawa anak-anak aku pergi tengok Pertunjukkan Belon Udara sedunia di Putrajaya.Punyalah ramai manusia kat sana.Cuaca pulak panas terik.Pening kepala dibuatnya.







Inilah pertama kali tengok belon udara secara'live'.Selalu tengok dalam tv je..

CUTI SEKOLAH DAH NAK HABIS

Cuti sekolah kali ini aku tak pergi mana-mana,hanya berehat kat rumah je.Anak aku Iwan asyik demam.Kejap sakit kaki,kejap demam.Rumah mak aku pun aku tak pergi.


Inilah pertama kali aku bawa anak-anak aku naik KL Monorail.Dah lama benda ini beroperasi,baru hari ini dapat naik.Nak merasa je.



Lepak kejap kat taman KLCC.Sebelum pergi KLCC,aku singgah kat Masjid Wilayah Persekutuan,KL.Masjid ni memang besar.Bila masuk di dalam terasa aman jiwa kita.







Aku ingat nak masuk Petrosains kat KLCC,tapi malang tiket habis pulak.Ramai sangat kat sana.Maklumlah cuti sekolah.
Kesian anak-anak aku tak dapat masuk.Mungkin lain kali aku bawa diaorang pergi.

DALAM DIAM DAH DAPAT RUMAH BARU


Pada 15/3/09,adik aku Johari telah berpindah ke rumah baru di Bandar Saujana Putra.
Kami sekeluarga tumpang gembira di atas kejayaan beliau mendapat rumah yang telah lama beliau idamkan.




09 Mac 2009

LOST WORLD OF TAMBUN WATER PARK,SUNWAY CITY IPOH


Pada 8/3/09,aku ke Ipoh atas urusan kerja.Majikan aku suruh aku periksa stok kat Ipoh. Peluang baik ni........ Cliff Racer.Tak sangka Iwan begitu berani naik benda ni.Macam tak percaya je..Aku pun tak berani,gayat semacam .





Tengoklah diaorang ni..Bukan main seronok lagi main ombak.Inilah salah satu halangan di Adventure River.

Kepura Cave.









Tiger Valley





















































Inilah kolam air panas yang ada kat sini.Walaupun panas tetap seronok berendam dalam kolam ini.













Ini yang aku pelik.Anak aku Iwan memang penakut.Tah macam mana hari tu dia jadi berani.Berkali-kali dia dengan Along naik Tube Riders ni. Nasib baik tak ramai orang.Tak payah beratur.Ada satu lagi yang macam ni iaitu Cliff Racer.Aku cuba naik tapi tak boleh lama,pening kepala aku dibuatnya.

























Adventure River
















Pasal mandi diaorang ni memang nombor satu.Penat main Tube Riders masuk pulak kat Jungle Wave Pool.















Baru sampai.Tengah cari tempat lepak.





































Ni masa nak balik.Kat sini hujan sebab tu kena balik awal.Rasa tak puas pun ada.Sekejap sangat kat sini.Apapun inilah pengalaman yang menyeronokkan.