07 Februari 2009

PERCUTIAN YANG MENYERONOKKAN DI PENANG,PERAK DAN PAHANG
































































Musim cuti sekolah yang telah lama lepas,aku bersama isteri dan anak-anak aku telah bercuti di Pulau Pinang,Perak dan Pahang.Selama 4 hari 3 malam kami sempat pergi ke 3 negeri.
Tiga hari kami berada di Penang.Kami sempat bermalam di sana 2 malam saja.
Antara tempat yang sempat kami lawati termasuklah Taman Botanica,Pagoda,Batu Feringgi,Muzium Perhutanan,Bukit Bendera,Padang Kota,Taman Ramaa-rama dan banyak lagi.
Adik aku Johari juga bercuti di sana,jadi kami dapat bersiar-siar bersama.
Selepas di Penang,aku terus ke Bukit Merah Lake Town Resort.Cantik juga tempatnya.Aku cuma bersiar-siar di luar saja.Dah lambat tak dapat masuk.
Kemudian aku meneruskan perjalanan ke Taiping.Malamnya aku ke Zoo Malam Taiping.Konon nak merasa tengok zoo waktu malam.Apa yang ada,hanya gelap gelita.Sambung perjalanan aku ke Pahang.Sebelum balik KL,aku terus ke Bukit Fraser.Aku cuma singgah sekejap aje sebab hujan dan gigi aku pulak buat hal.Tengah hari aku terus balik ke KL.Apa pun ini juga merupakan percutian yang menyeronokkan walaupun keletihan memandu seorang diri.

Tiada ulasan: