07 Februari 2009

PERCUTIAN BERSAMA AHLI KELUARGA DI CAMERON HIGHLANDS





























Abah dengan emak tengah bincang nak beli rumah kat sini.Boleh juga...










Ni nak beli sayur ke atau nak jual sayur..?Dari tadi memilih,satu pun tak beli.











Mak cik Ida kita sedang memborong gula-gula.Nak buat kenduri ke...?



















Ladang teh di Sg.Palas.
















Buat pertama kali ayah dan emak aku turut serta dalam percutian aku kali ini.Famili aku bersama famili dan adik-adik aku telah menghabiskan 3 hari 2 malam di pusat peranginan tanah tinggi,Cameron Highlands.Antara adik aku yang turut serta termasuklah Johari & the gang,Boy & the gang,BJ,Amy,Loloi dan yang istimewa abah dan emak aku.







Di sana kami telah menyewa sebuah apartment 3 bilik di Puncak Arabella,Tanah Rata.Banyak tempat yang kami lawati termasuklah yang paling susah nak sampai iaitu kilang teh di Sg.Palas.Punyalah jauh naik bukit.Tapi tempatnya memang menyeronokkan.Banyak lagi tempat-tempat yang menarik.Kalau nak tahu kena pergi sana.

Suasana di sana banyak dah berubah.Dulu masa aku pergi tahun 1988,cuaca sana memang sejuk.Sentiasa berjeket.Sekarang pakai senglet pun boleh.Dah tak sejuk lagi.Malam pun tak berapa nak sejuk.Aku rasa tak lama lagi Cameron akan hilang glamer.Yang tinggal hanya sayur yang boleh tahan mahal.Apa pun percutian ini memang menyeronokkan.

















Tiada ulasan: