28 Februari 2009

KENANGAN TERINDAH:SEGALANYA KAN ABADI DALAM KENANGAN

AL-FATIHAH
Inilah gambar arwah datukku Kasim bin Karim bersama dengan nenek Niram bte Mat.
Beliau telah pulang ke Rahmatullah pada 20.10.2003 lebih kurang jam 3.00 pagi hari Isnin.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Amin.
Beliau seorang datuk yang amat baik.Semua cucunya sangat sayang kepadanya.
Aku dan adik-adik telah dibesarkan bersama beliau.Banyak yang aku belajar daripada beliau.Menoreh getah,menebas hutan,tanam padi,menjaga kerbau dan macam-macam lagi,semuanya diajar pada cucu-cucunya.
Sehingga hari ini aku dan adik-adik aku amat terasa kehilangan beliau,seolah-olah baru semalam beliau pergi.Disaat aku menulis disini,aku menitiskan airmata,terkenangkan detik-detik aku bersama beliau.Hanya dari jauh kupohonkan ampun maaf.
Apa yang aku kesal cara beliau pergi buat selamanya.Walau pun ajal maut ditangan Tuhan.Tapi aku tahu sebab kematiannya yang sebenarnya.Biarlah ia menjadi rahsia keluarga aku.
Nenek aku pula sedang sakit.Dah puas berubat tapi masih tak berubah.Aku bersama keluarga hanya mampu berserah kepada Yang Maha Esa.Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Apa pun aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada maksu dan paksu aku yang banyak membantu arwah datuk,semasa hidup hingga kini.Begitu juga dengan nenekku,dia yang membawa nenek pergi berubat ke merata tempat.
Kepada Allah aku berdoa agar nenekku diampunkan segala dosanya dan disembuhkan segala penyakitnya.Amin.

Tiada ulasan: