07 Februari 2009

SUATU HARI DI PULAU PANGKOR,PERAK





















Buat ape tu BJ?Awek sebelah pun pakai sms ke?








Pulau Pangkor cukup popular bagi aku.Dah banyak kali aku ke sana.Dulu aku rajin buat rombongan samada naik bas,van ataupun kereta.
Di sini tiada apa yang menarik sangat,cuma semasa naik feri tu yang cukup seronok.Macam cerita Titanic pulak.Sebab tu aku cari feri yang boleh lepak kat luar.
Tambang feri dulu cuma RM3.Lepas tu naik dan naik lagi.Kini tambangnya RM10.00.

Kali ini aku ke sana bersama isteri,anak-anak dan dua adik aku,BJ dan Loloi.Mereka tak pernah pergi Pulau Pangkor.Jadi aku bawa mereka ke sana.Di sini aku bawa mereka mengelilingi Pulau Pangkor dengan menyewa sebuah van.Punyalahlah seronok.Maklumlah pengalaman pertama mengelilingi pulau termasuklah aku.Petang baru kami balik ke KL.Tak sempat nak tidur kat sana.Apapun inilah percutian yang menyeronokkan.

Tiada ulasan: